Dr. Suhaya binti Deraman K.B;P.A
Dekan,
Fakulti Sains Sosial,
Universiti Islam Melaka

Kata Aluan Dekan
Fakulti Sains Sosial

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur saya mengucapkan selamat datang ke Laman Sesawang Fakulti Sains Sosial (FSS), Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

 

Fakulti Sains Sosial menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang dirangka bagi memenuhi keperluan semasa dalam bidang sains sosial.

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah memilih FSS sebagai destinasi ilmu. Komitmen anda merupakan langkah penting dalam membentuk generasi yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika, seimbang dari aspek intelektual, emosi, rohani dan sosial.

 

Di FSS, kami menumpukan kepakaran dalam bidang Psikologi dan Kaunseling, Komunikasi, serta Sejarah. Selain pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah, fakulti juga aktif melaksanakan penyelidikan, penerbitan ilmiah, serta perkhidmatan komuniti profesional yang memberi manfaat kepada masyarakat.

 

Kami beriltizam menjadikan FSS sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam bidang sains sosial, melahirkan graduan yang berwibawa, berdaya saing dan mampu memenuhi tuntutan pasaran kerja masa kini.

Semoga segala usaha yang dirintis ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.

 

Sekian, terima kasih.

Wassalam.