DIPLOMA KOMUNIKASI MASSA

(R/321/4/0029) 10/21 (A 0611)

Program Diploma Komunikasi Massa membekalkan pelajar dengan kemahiran komunikasi berkesan, penulisan media, penghasilan kandungan kreatif serta asas produksi seperti fotografi, videografi dan penyuntingan. Pelajar turut didedahkan kepada strategi media sosial, hubungan awam, komunikasi pemasaran dan analisis khalayak, di samping membina kreativiti, keyakinan diri dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Melalui tugasan projek dan latihan praktikum, pelajar memperoleh pengalaman industri sebenar yang relevan dengan keperluan komunikasi dan media moden.

SYARAT KEMASUKAN

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (termasuk Bahasa Inggeris) atau kelayakan lain yang setara; ATAU
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya gred C [Nilai Gred (NG) 2.00] dalam satu mata pelajaran dan kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM (atau kelayakan Bahasa Inggeris yang setara); ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul (Lulus) dan kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM (atau kelayakan Bahasa Inggeris yang setara); ATAU
  1. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan. (Calon tanpa kelulusan Bahasa Inggeris boleh diterima masuk tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang menyeluruh bagi menentukan tahap kecekapan Bahasa Inggeris yang setara dengan peringkat SPM); ATAU
  2. Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.00; ATAU
  3. Kelayakan lain yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 

(Calon boleh diterima masuk sekiranya kelayakan kemasukan mereka mengandungi mata pelajaran Bahasa Inggeris yang setara dengan Bahasa Inggeris di peringkat SPM. Jika tidak setara, calon perlu mengikuti kursus pengukuhan Bahasa Inggeris yang setara dengan peringkat SPM sebelum pendaftaran.)

STRUKTUR
PROGRAM

TAHUN 1

  • Penghayatan Etika Dan Peradaban
  • Bahasa Arab 1 (Muslim)
  • Bahasa Arab For (Non- Muslim)
  • Academic English
  • Tilawah Al- Quran (Muslim) Komunikasi Perniagaan
  • Pengantar Sains Sosial
  • Pengantar Teori Komunikasi
  • Pengenalan Kepada Komunikasi Massa
  • Bahasa Arab 2
  • Professional English
  • Pengantar Sosiologi
  • Psikologi Komunikasi Penulisan
  • Media Asas Penerbitan Meja

TAHUN 2

  • Integriti dan anti-rasuah 
  • Fiqh Ibadah (Muslim)
  •  Komunikasi Organisasi 
  • Perhubungan Awam
  • Media dan Etika 
  • Komunikasi Fotografi 
  • Komunikasi Dari Perspektif Islam 
  • Kewartawanan 
  • Keterlibatan Komuniti 
  • Media dan Masyarakat 
  • Aqidah dan Akhlak 
  • Prinsip dan Amalan Media Digital 
  • Pengiklanan 
  • Pengucapan Awam 
  • Komunikasi Manusia 

TAHUN 3

  • Pengurusan Penerbitan 
  • Kaedah Penyelidikan
  • Komunikasi Pemasaran Bersepadu 
  • Apresiasi Filem 
  • Penerbitan Video 
  • Penyiaran Digital
  • Latihan Industri

MANFAAT PROGRAM & PELUANG KERJAYA

MANFAAT PROGRAM 

Program Diploma Komunikasi Massa membekalkan pelajar dengan kemahiran komunikasi berkesan, penulisan media, penghasilan kandungan kreatif serta asas produksi seperti fotografi, videografi dan penyuntingan. Pelajar turut didedahkan kepada strategi media sosial, hubungan awam, komunikasi pemasaran dan analisis khalayak, di samping membina kreativiti, keyakinan diri dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Melalui tugasan projek dan latihan praktikum, pelajar memperoleh pengalaman industri sebenar yang relevan dengan keperluan komunikasi dan media moden. Program ini juga membuka laluan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang komunikasi dan media.

PELUANG KERJAYA

Graduan Diploma Komunikasi Massa berpeluang bekerja dalam industri media, kreatif dan korporat, termasuk sebagai:

  • Penulis Berita / Wartawan

  • Pegawai Perhubungan Awam

  • Pencipta Kandungan Kreatif

  • Jurufoto / Juruvideo / Penyunting Video

  • Pembantu Produksi TV & Radio

  • Penulis Kandungan

  • Eksekutif Komunikasi dan Pemasaran

  • Pegawai Media / Pembantu Pegawai Penerangan

  • Eksekutif Khidmat Pelanggan