ASASI SAINS SOSIAL
MQA/FA14830
Program Asasi Sains Sosial ialah program persediaan satu tahun yang dirangka untuk membekalkan pelajar dengan asas pengetahuan, kemahiran akademik dan pemikiran kritis dalam disiplin sains sosial seperti psikologi, kaunseling, komunikasi, pembangunan insan, sosiologi dan pengajian masyarakat. Program ini menekankan penguasaan kemahiran belajar di peringkat universiti, literasi penyelidikan asas, penulisan akademik serta pembinaan kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan dan pembentangan.
Melalui gabungan kuliah, tugasan, projek dan aktiviti interaktif, pelajar dipersiapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang-bidang sains sosial dan kemanusiaan. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran analitikal, peka terhadap isu sosial dan bersedia menghadapi tuntutan akademik universiti.
SYARAT
KEMASUKAN
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran; ATAU
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelajaran; ATAU
- Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 5 mata pelajaran; ATAU
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
STRUKTUR
PROGRAM
SEMESTER 1
- Bahasa Arab Komunikasi (Pelajar Muslim)
- Bahasa Arab Untuk Non-Muslim (Pelajar Non-Muslim)
- English Language Proficiency 1
- Pengantar Sains Sosial
- Pengantar Komunikasi Manusia
- Asas Statistik Untuk Sains Sosial
- Pengantar Bimbingan Kaunseling
SEMESTER 2
- English Language Proficiency 2
- Literasi Demokrasi
- Literasi Media
- Asas Antropologi Dan Sosiologi
- Pengenalan Psikologi
SEMESTER 3
- Asas Keusahawanan
- Pengenalan Teknologi Maklumat
- Asas Perkembangan Manusia
- Asas Komunikasi Interpersonal
- Asas Pembangunan Komuniti
MANFAAT PROGRAM & PELUANG KERJAYA
MANFAAT PROGRAM ASASI SAINS SOSIAL
- Asas kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam pelbagai bidang Sains Sosial.
- Meningkatkan kemahiran berfikir kritikal, komunikasi, dan kerja berpasukan untuk kerjaya masa depan.
- Membentuk kepekaan terhadap realiti sosial, budaya dan tanggungjawab masyarakat.
- Melatih pelajar beretika, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dalam dunia profesional.
- Menggabungkan ilmu, kemanusiaan dan moral selaras dengan pembangunan negara.
PELUANG KERJAYA
Lulusan yang meneruskan pengajian dalam bidang Sains Sosial berpeluang menceburi kerjaya seperti:
- Kaunselor / Pegawai Psikologi
- Pegawai Pembangunan Masyarakat / Sosial
- Pegawai Sumber Manusia / Latihan
- Pegawai Penyelidik / Analisis Sosial
- Pegawai Komunikasi / Media / Perhubungan Awam
- Pendidik / Pensyarah / Fasilitator