IJAZAH SARJANA MUDA
KAUNSELING (KEPUJIAN)

FA 13851

Program ini melatih pelajar untuk menjadi kaunselor berkemahiran melalui penguasaan teori kaunseling, asas psikologi, kemahiran kaunseling teras, pengurusan kes dan intervensi psikososial. Pelajar mengikuti latihan praktikal, simulasi dan latihan industri di bawah penyeliaan kaunselor profesional bagi membina kemahiran komunikasi, empati dan etika kerja. Graduan program ini layak memohon pendaftaran sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), serta berpeluang bekerja dalam sektor pendidikan, komuniti, kebajikan masyarakat, kesihatan mental, organisasi kerajaan dan swasta.

SYARAT
KEMASUKAN

  1. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 2 mata pelajaran; ATAU
  2. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pangkat Jayyid; ATAU
  3. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran; ATAU
  4. Lulus Matrikulasi/ Foundation/ Asasi dari mana-mana IPTA/ IPTS/ Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; ATAU
  5. Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf

STRUKTUR
PROGRAM

TAHUN 1

  • Penghayatan Etika Dan Peradaban (Tempatan) / Bahasa Melayu 2 (Antarabangsa)
  • Bahasa Arab For Non-Muslim (Bukan Muslim)
  • Tilawah Al-Quran (Muslim)
  • English For Academic Communication
  • Psikologi Untuk Golongan Profesional
  • Pengantar Psikologi Dakwah
  • Falsafah dan Prinsip Bimbingan Kaunseling
  • Pengantar Psikologi Sosial
  • Falsafah Dan Isu Semasa (Tempatan/Antarabangsa)
  • Bahasa Arab Asas (Muslim & Bukan Muslim)
  • English For Professional Communication
  • Integriti Dan Anti Rasuah
  • Teori Kaunseling
  • Teknologi Maklumat Untuk Kaunseling
  • Pengantar Perkembangan Personaliti
  • Asas Statistik
  • Pengantar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja
  • Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling

TAHUN 2

  • Bahasa Arab Lanjutan (Muslim)
  • Keterlibatan Komuniti
  • Psikologi Dari Perspektif Islam
  • Teknik kaunseling
  • Statistik dan Analisis Data
  • Teori Perkembangan Kerjaya
  • Teori dan Kaunseling Kelompok
  • Makmal Kaunseling Individu
  • Psikologi Kesihatan
  • Fiqh Ibadat (Muslim)/ Sivik Dan Moral (Bukan Muslim)
  • Ujian Dan Pengukuran Dalam Kaunseling
  • Psikologi Dewasa Dan Orang Tua
  • Kaunseling Kerjaya
  • Pengurusan Program Dan Perkhidmatan Kaunseling
  • Penaksiran Dalam Kaunseling
  • Kaunseling Pelbagai Budaya
  • Kaunseling Pemulihan Dadah

TAHUN 3

  • Makmal Kaunseling Kelompok
  • Kaedah Penyelidikan
  • Praktikum Kaunseling
  • Psikologi Bilazim
  • Kaunseling Keluarga
  • Projek Penyelidikan
  • Internship

MANFAAT & PELUANG KERJAYA

MANFAAT PROGRAM

Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) membekalkan pelajar dengan kemahiran kaunseling profesional merangkumi teori kaunseling, asas psikologi, kaunseling individu dan kelompok, penilaian psikologi, pengurusan kes serta intervensi psikososial. Pelajar turut membangunkan kemahiran komunikasi, empati, pemikiran kritis dan etika profesional melalui praktikum dan latihan industri yang diselia oleh kaunselor berdaftar. Program ini juga mempersiapkan pelajar untuk bekerja dalam pelbagai konteks klien dan komuniti.

PELUANG KERJAYA

Graduan layak memohon pendaftaran sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan berpeluang bekerja sebagai:

  • Kaunselor di sekolah, IPT, agensi kerajaan atau swasta

  • Pegawai Psikologi / Pegawai Kaunseling

  • Pegawai Kebajikan Masyarakat

  • Pegawai Pembangunan Komuniti

  • Kaunselor Organisasi / Sumber Manusia

  • Pegawai Khidmat Sokongan Kerjaya

  • Pegawai Kesihatan Mental & Intervensi Psikososial

  • Perunding Motivasi atau Fasilitator Pembangunan Insan