SARJANA PENTADBIRAN AWAM (KERJA KURSUS)
N/762/7/0045 9/28 FA9685
Program Sarjana Pentadbiran Awam (Kerja Kursus) memberikan pengetahuan dan pemahaman mendalam berkaitan prinsip, teori serta amalan pentadbiran awam dalam mengurus organisasi dan sektor kerajaan. Program ini merangkumi aspek pengurusan sumber manusia, dasar awam, kepimpinan, tadbir urus, pengurusan kewangan serta pembangunan organisasi bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan, kompeten dan berintegriti. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan kerja kursus, pelajar berpeluang mengembangkan kemahiran analitikal, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan keupayaan membuat keputusan secara strategik dalam menghadapi cabaran pentadbiran serta pengurusan sektor awam yang semakin kompleks.
Program Sarjana Pentadbiran Awam ditawarkan di bawah Fakulti Sains Sosial dengan tempoh pengajian berasaskan kerja kursus (tiada peperiksaan akhir) selama 1 tahun (sepenuh masa: minimum 1 tahun / maksimum 3 tahun)
SYARAT
KEMASUKAN
-
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 atau setara seperti yang diterima oleh senat PPT; ATAU
Ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran awam atau bidang berkaitan atau setara dengan PNGK minimum 2.00 dan tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.
Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan, hendaklah menjalani kursus pra-syarat yang bersesuaian yang ditentukan oleh PPT dan memenuhi PNGK minimum berdasarkan syarat i dan ii
STRUKTUR PROGRAM
Pengantar Pentadbiran Awam (MPA 7003) – Prasyarat
Metodologi Penyelidikan (MPA 7014)
Tingkah Laku Pentadbiran Awam (MPA 7064)
Pentadbiran Awam Berteraskan Islam (MPA 7034
Ekonomi Politik (MPE 7034) – Elektif
- Analisis dan Reka Bentuk Dasar Awam (MPA 7054)
- Pentadbiran Awam dan Politik (MPA 7024
- Projek Penyelidikan (MPE 7014) – Elektif
- Politik Malaysia (MPE 7044) – Elektif
Semester 3
- Komunikasi Politik dan Media (MPA 7074)
- Pentadbiran Awam dan Hubungan Antarabangsa (MPA 7044)
- Kerajaan Tempatan (MPE 7024) – Elektif
MOD SEPARUH MASA
Semester 1
Pengantar Pentadbiran Awam (MPA 7003) – Prasyarat
Metodologi Penyelidikan (MPA 7014)
Ekonomi Politik (MPE 7034) – Elektif
Semester 2
Tingkah Laku Pentadbiran Awam (MPA 7064)
Pentadbiran Awam Berteraskan Islam (MPA 7034)
Semester 3
Projek Penyelidikan (MPE 7014) – Elektif
Analisis dan Reka Bentuk Dasar Awam (MPA 7054)
Semester 4
Pentadbiran Awam dan Politik (MPA 7024)
Politik Malaysia (MPE 7044) – Elektif
Semester 5
Kerajaan Tempatan (MPE 7024) – Elektif
Komunikasi Politik dan Media (MPA 7074)
Semester 6
- Pentadbiran Awam dan Hubungan Antarabangsa (MPA 7044)
MANFAAT & PELUANG KERJAYA
Meningkatkan Pengetahuan dalam Pentadbiran Awam
Memberikan pemahaman mendalam tentang sistem pentadbiran kerajaan, dasar awam, politik, tadbir urus dan pengurusan organisasi sektor awam.
Memperkukuh Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan
Membentuk keupayaan untuk memimpin organisasi, mengurus sumber manusia, membuat keputusan serta menyelesaikan isu pentadbiran secara strategik.
Meningkatkan Kemahiran Analisis dan Penggubalan Dasar
Melatih pelajar menganalisis isu semasa, menilai keberkesanan dasar serta merangka cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Mengembangkan Kemahiran Penyelidikan
Memberikan pendedahan kepada metodologi penyelidikan, analisis isu pentadbiran dan pelaksanaan projek penyelidikan yang berkaitan dengan sektor awam.
Memahami Hubungan antara Kerajaan dan Masyarakat
Memperluas pengetahuan tentang hubungan antarabangsa, politik, kerajaan tempatan serta peranan institusi awam dalam pembangunan masyarakat.
Meningkatkan Daya Saing Profesional
Menambah nilai kelayakan akademik dan profesional bagi individu yang ingin mengembangkan kerjaya, meningkatkan kompetensi atau melangkah ke jawatan pengurusan dan kepimpinan.
Antara peluang kerjaya yang bersesuaian ialah:
A. Sektor Kerajaan dan Perkhidmatan Awam
B. Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
C. Sektor Swasta
D. Penyelidikan dan Akademik
E. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan Antarabangsa
Program ini sesuai untuk:
-
Penjawat awam yang ingin meningkatkan kelayakan akademik dan mengembangkan kerjaya.
-
Pegawai pentadbiran dan pengurusan di sektor kerajaan, badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan.
-
Eksekutif dan pengurus sektor swasta yang terlibat dalam pentadbiran, pengurusan organisasi dan perancangan strategik.
-
Graduan yang berminat membina kerjaya dalam bidang pentadbiran awam, dasar dan tadbir urus.
-
Individu yang bercita-cita untuk terlibat dalam kepimpinan, pembangunan masyarakat dan penggubalan dasar.